Contoh Surat Rasmi Rayuan Penagguhan Bayar Balik Pinjaman

Bismillahirahmannirahim..
Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Okay, saya tak nak cerita lebih2 tentang diri saya. Kita straight to the point okay.
Post kali nie saya kongsi dengan para pembaca semua contoh SURAT RASMI yang bertajuk RAYUAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN YPJ. Pandai2 laa korang edit ea.
Jangan la korang copy paste bulat2 ayat yang saya kongsi nie. Ubahkan ckit ikowt situasi korang laa ea.





Mamat Bin Daus
(No.H/P: 017-xxxx)
UiTM Shah Alam,
-Alamat Pengirim-                                                                    (tarikh pada surat itu ditaip)

Pengurus Jabatan Hasil dan Penguatkuasaan
Jabatan Penguatkuasaan (Bahagian Tuntutan)
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ),
No.15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri,
Larkin Jaya, Kg. Dato’ Onn Jaafar,
Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim. –Alamat penerima- (sila kemaskini alamat yg paling terkini)

Tuan/Puan

Per: RAYUAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)
No. Fail: 2011/xxx
No. Pelajar: 2013xxxx
No. I/C: xxxx
Jurusan: Diploma/Ijazah…
_____________________________________________________________________________________
Saya merujuk perkara tersebut diatas dan juga surat tuan bertarikh 30-03-2015 (dilampirkan bersama-sama ini). Saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan satu penangguhan untuk pembayaran balik  pinjaman seperti diatas.

2. Ini adalah kerana saya terpaksa menyambung semula pengajian saya dibawah program Diploma/Ijazah yang sama memandangkan saya perlu mengulang balik semula subjek XXX.Oleh sebab itu, saya telah gagal menamatkan pengajian Diploma/Ijazah  ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

3. Untuk makluman pihak tuan, peperiksaan akhir untuk subjek XXX akan ditetapkan pada  _________. Oleh yang demikian, saya berharap agar penangguhan dapat diberikan sehingga ______ (nyatakan bulan apa). Saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbang permohonan penagguhan pembayaran balik pinjaman YPJ ini.

Pertimbangan dan perhatian pihak tuan dalam permohonan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

______________________
(MAMAT BIN DAUS)
DIPLOMA/IJAZAH….
UiTM SHAH ALAM



Lepas korang dah taip surat nie, pastikan korang photostat surat dari YPJ tuh untuk disertakan sekali. Satu lagi, jangan lupa isi borang Pengesahan Pelajar di HEA okay. 
Kalau korang tak paham gak, pergi terus kat Pejabat HEA kampus korang & terus tanya. Saya hanya dapat kongsikan nie jek laa. Bismillah jangan lupa tau! 
Semoga Berjaya!



 

Comments

  1. KAMI AKAN MENAWARKAN PINJAMAN DENGAN HARGA RENDAH 2%.
    Kami memberikan pinjaman kepada perorangan dan perusahaan. Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk melunasi hutang Anda, meningkatkan bisnis Anda atau telah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Kami memberikan kepada perusahaan lokal, internasional dengan tingkat bunga sangat rendah 2%
    Kami di sini untuk menjadikan semua masalah Anda sebagai bagian dari masa lalu. Pinjaman Anda akan dikirimkan kepada Anda dalam waktu kurang dari 24 jam.
    Anda dapat menghubungi kami hari ini melalui email:
    (worldcreditfunds@gmail.com) Kami di sini untuk memberikan yang terbaik dari layanan kami.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Surat Rasmi Carian Kad Pengenalan Seseorang Individu

Cara Paling Senang Nak Bentukkan Awning Tudung Bawal/Shawl